Wednesday, December 31, 2008

2009 Masa untuk relaxxx

Nampaknya tahun 2009, boleh relax sikit pasal Oil and Gas industri dijangka tak sesibuk tahun-tahun sebelumnya. Ini dapat memberi peluang kepada designer dan drafman menilai diri.

Adakah cukup ilmu sebagai designer atau drafman? Atau menjadi designer atau drafman sekadar memenuhi kehendak industri. Ada ot belasah cukup-cukup, dapat offer tinggi lompat, kerja macam nak rak janji dapat lebih.

Adakah sama taraf kita berbanding dengan pare-pare dari segi technical knowledge.

Adakah knowledge yang ada setaraf dengan designer muktabar?Sekiranya kita merasakan kita designer yang terbaik.
Adakah pemikiran kita pada tahap pemikiran designer,menilai sesuatu mengikut penilaian designer,andainya kita designer.

Jika kita drafman, adakah kita telah megutip knowledge yang ada untuk bekalan jika menjadi designer esok hari? Atau hanya berserah pada takdir, lama-lama akan promote jadi designer juga.

Sepatutnya kita mendapat menafaat dari kesibukkan yang lalu untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman. Tapi apa yang berlaku ialah kebanyakannya menggunakan suasana ini untuk meningkatkan pendapatan. Menggunakan peluang akibat dari kekurangan manpower dengan melompat dari satu syarikat ke syarikat lain yang dapat menawarkan gaji yang tinggi.

Pada tahun 2009 jika keadaan ekonomi berlarutan, syarikat akan mengekalkan pekerja yang mempunyai kemahiran dan akal didalam organisasinya. Minta maaf kata pekerja yang gaji tinggi akan dinilai semula mengikut keperluan. Syarikat akan optimise manpower sebaik mungkin.

Walau apapun banyak-banyak lah berdoa dan beribadat sesungguhnya rezeki itu Allah yang bagi bukan syarikat tapi ilmu kita kena cari..

1 comment:

Anonymous said...

betul tu.... diharap penulis dapat memberi tunjuk ajar, melalui penulisan blog atau lain2.